Thursday, 3 December 2020

❤️Sekeping Hati❤️

 Sekeping hati seorang wanita akan mudah terluka..walau dengan kata-kata..pada zahirnya dia nampak kuat,nampak tabah,nampak gembira tapi percayalah itu hanya sementara saja. Sekeping hati seorang wanita bisa menjadi racun dan juga bisa menjadi penawar jika kena pada cara ia merawatnya..

Thursday, 30 October 2014

APA YANG KITA PERLU TAHU...SAMPAIKANLAH WALAU HANYA SEPOTONG AYAT..

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH


  • "Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
  • Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
  • Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
  • Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
  • Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
  • Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
  • Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
  • Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
  • Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
  • Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
  • Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
  • Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
  • Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Wednesday, 29 January 2014

short entry

Assalamualaikum

dah lama tak update blog  nie..,nk blogwalking pun masih tk berkesempatan...sory ya  sume..Tapi,sejak kebelakangan nie bila terbaca artikel-artikel dari laman sosial fb dan yang seangkatan dengannya.. timbul pulak rasa risau dan takut di hati kecil insan kerdil ini..apa taknya dengan masalah sosial remaja,kekeliruan identiti masyarakat dan pencemaran budaya dan agama.
Yang sebenarnya terlalu banyak perkara yang kita tk tahu,tpi bila terbaca suratkhabar,macam2 hal yg terjadi dan kadangkala mungkin berada diluar kawalan kita.Kadang2 timbul jugak bisikan kecil bahawa mungkin bumi ini sudah terlalu tua untuk menghadapi kerosakan dan kemusnahan yang terjadi dari hari ke hari atau mungkin satu petanda dunia akan berakhir...
Subhanallah..sesungguhnya tiada yang kekal di muka bumi ini melainkan Allah SWT..tiap yang hidup pasti mati cuma yang membezakan cepat atau lambat sahaja.



''Menumpang di bumi sendiri"

  

Inilah realiti yang sebenarnya...

1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?

33. Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapat perkuburan Yahudi di Pulau Pinang walaupun Malaysia tidak pernah mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara Israel bahkan rakyat Malaysia dilarang untuk masuk ke Israel?

Israel sememangnye jahat dan teruk ...

Semoga segala kekejaman dibalas dengan kehancuran... Sama-samalah kita bersatu agar Umat Islam berdiri kuat dan teguh bagi menghadapi bangsa yang telah membunuh berpuluh-puluh Rasul utusanNya.

Sama-samlah kita berjuang dengan mempertingkatkan martabat Umat Islam dengan ilmu pengetahuan dan budaya kerja yang gemilang seperti ajaran para Nabi-nabi dan pemimpin-pemimpin ulung Islam terdahulu yang kian dipinggirkan malah sikap tidak ambil peduli oleh masyarakat Islam dunia haruslah dihapuskan serta merta...

Wednesday, 24 October 2012

Syair Imam Shafie Ketika Akhir Hayatnya




 Kepadamu (إلـيــك)

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu & keampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia

Category:

Licence:

Standard YouTube Licence
  •  likes, 6 dislikes

Thursday, 21 June 2012

Tak semestinya bersatu..

Assalamualaikum...

da lama ciksalju tk update blog..tiba-tiba harini terasa nk tulis something yg terbuku di dalam hati--ssuka hati je kan..hehe minta maaf yer spe yg tk nk baca plz jgn baca..
kali ni nk ckp tentang hati pulak..first bila dengar lagu nie rasa mcm teringat pada `someone` who i care before but now he belong to someone else..insan yg terbaik dan sememangnya ditakdirkan untuknya..mybe he is my first love or mayb not..but he`s the one that makes my heart beating everytime i see his face..when i am lonely i always remember him,and everytime i wish i could see him-even in my dreams..pelik kan..itula hati seorang manusia yg mana Allah telah anugerahkan cinta dalam dirinya..tiada seorang pun yg terkecuali dari perasaan itu..`ia` sungguh indah..MasyaAllah..

tpi cinta pertama tk semestinya akan bersatu kan??dari jauh kita hanya mampu doakan kebahagiaan dirinya agar dia sentiasa bahagia bersama insan yg disayanginya hinggalah ke akhir hayat..aminn
Dan,mendoakan kebahgiaan insan tersebut juga merupakan salah satu cara kita mencintai seseorang..

i luv this song...('~`)


Dan percayalah,tiap yg terjadi ada hikmah di sebaliknya..mungkin kita merasakan dia adalah yg terbaik untuk kita tapi Allah lebih mengetahui segalaNya yg diperlukan oleh kita..dan apa terjadi,redha lah dengan kehendakNya..

Tuesday, 3 April 2012

7 Golongan di bawah naungan Allah

Assalamualaikum
Hari tu ciksalju ada terbaca tentang info nie-so nk share kat cni supaya dapat dijadikan panduan kita semua.. (^^*

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda :
"Tujuh golongan,Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya ;

1- IMAM YANG ADIL

2-PEMUDA YANG MEMBESAR DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH

3-INSAN YANG HATINYA TERPAUT DENGAN MASJID-

4-DUA INSAN YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH,MEREKA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH

5-INSAN YANG DIAJAK (DIGODA) OLEH WANITA YANG BERPANGKAT & CANTIK LALU IA BERKATA ; " SESUNGGUHNYA AKU TAKUT KEPADA ALLAH "

6-INSAN YANG BERSEDEKAH DENGAN CARA YANG TERSEMBUNYI SEHINGGA TANGAN KIRINYA TIDAK MENGETAHUI APA YANG DIBELANJAKAN OLEH TANGAN KANANNYA

7-INSAN MENGINGATI ALLAH SECARA BERSUNYIAN LALU BERLINANGAN AIR MATANYA."


                                                                                                        ( riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Thursday, 22 March 2012

Uniknya Unta

Bismillah..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tiap makhluk yg dijadikan Allah di muka bumi ini ada fungsi dan kelebihan tersendiri,yang menjadikan unta 'makhluk hidup istimewa' adalah strukturnya yg tidak terpengaruh oleh kondisi alam paling keras sekalipun.Tubuhnya memiliki beberapa keistimewaan yang memungkinkan ia hidup di padang pasir dalam tempoh yg lama.Diantaranya ;

  • Bulu tebal penahan panas
  • Daya tahan luar biasa yang dapat menahan haus & lapar
  • Menyimpan unit penggunaan air dalam kuantiti yang banyak di bonggolnya
  • Pemanfaatan maksimal makanan & air
  • Mulutnya dapat memakan ranting dan duri tanpa terluka
  • Kelopak matanya melindungi ia daripada debu dan  badai pasir
  • Perlindungan terhadap pasir yg membakar


-PUNUK UNTA SEBAGAI TEMPAT SIMPANAN MAKANAN-

Punuk unta,yg berupa gandukan lemak,menyediakan sari makanan bagi haiwan ini secara berkala ketika ia mengalami kesulitan makanan & kelaparan.Dengan itu,unta dapat hidup hingga 3 pekan (minggu) tanpa air.Selama masa ini,unta kehilangan 33% dripada berat badannya.Dlam kondisi yg sama,seorang manusia pula akan kehilangan8% berat badannya dan meniggal dalam waktu36 jam,dan kehilangan seluruh air dari tubuhnya.

Tuesday, 13 March 2012

Orang Positif VS Orang Negatif

Orang Positif selalu jadi sebahagian dari jawapan;
Orang negatif selalu jadi sebahagian dari masalah.

Orang Positif selalu mempunyai perancangan;
Orang negatif selalu mempunyai kambing hitam.

Orang Positif selalu berkata, “Biarkan saya yang mengerjakannya untuk anda”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu bukan pekerjaan saya”;

Orang Positif selalu melihat jawapan dalam setiap masalah;
Orang negatif selalu melihat masalah dalam setiap jawapan.

Orang Positif selalu berkata, “itu memang sukar, tapi kemungkinan boleh”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu mungkin boleh, tapi terlalu sukar”
.
Semasa Orang Positif melakukan kesalahan, dia berkata, “saya salah”;
Semasa Orang negatif melakukan kesalahan, dia berkata, “itu bukan salah saya”.

Orang Positif membuat komitmen-komitmen;
Orang negatif membuat janji-janji.

Orang Positif mempunyai impian-impian;
Orang negatif mempunyai tipu muslihat.

Orang Positif berkata, “Saya harus melakukan sesuatu”;
Orang negatif berkata, “Harus ada yang dilakukan”.

Orang Positif adalah sebahagian dari sebuah team;
Orang negatif melepaskan diri dari team.

Orang Positif melihat peluang;
Orang negatif melihat kesusahan.

Orang Positif melihat kemungkinan-kemungkinan;
Orang negatif melihat permasalahan.

Orang Positif percaya pada menang-menang (win-win);
Orang negatif percaya, mereka yang harus menang dan orang lain harus kalah.

Orang Positif melihat potensi;
Orang negatif melihat yang sudah terlewat.

Orang Positif seperti thermostat;
Orang negatif seperti thermometer.

Orang Positif memilih apa yang mereka katakan;
Orang negatif mengatakan apa yang mereka pilih.

Orang Positif menggunakan perbalahan keras dengan kata-kata yang lembut;
Orang negatif menggunakan perbalahan lembut dengan kata2 yang keras.

Orang Positif selalu berpegang teguh pada nilai2 tapi bersedia berkompromi pada hal2 remeh;
Orang negatif berkeras pada hal2 remeh tapi mengkompromikan nilai2.

Orang Positif berkata, “Jangan berbuat pada orang lain apa yang Anda tidak ingin orang lain perbuat pada anda”;
Orang negatif berkata, “Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya pada anda”.

Orang Positif membuat sesuatu terjadi;
Orang negatif membiarkan sesuatu terjadi.

Para Orang Positif selalu merancang dan mempersiapkan diri, lalu memulai tindakan untuk menang…
Para Orang negatif hanya merancang dan berharap dia akan menang.

AKU,DIA dan ...

Kadang-kadang sakit hati bila kenangkan orang yang tak pernah nak hargai kita..seolah-olah kita ni tidak wujud dalam hidup mereka..tpi masih ada hati nak menilai apa yg kita lakukan,sedangkan diorang sendiri pun tk betul...walau cuba kita sembunyikan tpi masih rasa sakit.Apatah lagi insan yg mnyakiti kita adalah insan yang begitu hampir dengan kita,insan yg hari-hari kita lalui bersama,menatap wajahnya..dan melalui suka duka hidup bersama.
Kadang-kadang aku rasa lebih baik bersendiri daripada merasa sakit hati dengan tindakan orang lain,kadang-kadang lebih baik aku menjauhkan diri dripada semua itu,takde lah aku terasa sangat diperlakukn begini..patut ke aku pekakkan telinga,dan butakan mata bila berhadapan dengan mereka..biar padan muka diorang tu..huhu

Tapi rasanya aku tk smpai hati nk buat mcam tu..so apa yg mampu aku lakukan.. memendam perasaan yg  mungkin akan menjadi dendam..sebaiknya aku menjauhkan diri dan mendiamkan diri agaknya lbih baik kot..daripada terhegeh-hegeh pada yang tak sudi..buang masa aku jer..
MOOD~BAWA DIRI,
benarlah orang kata,luka di tangan nampak berdarah..luka di hati siapa yg tahu..SO pandai-pandaila JAGA HATI sendiri

Friday, 2 March 2012

ASSALAMUALAIKUM 2012

dah lama menyepi..

Salam buat semua..diari pertama bagi tahun 2012...
Hari nie ,hari JUMAAT..penghulu segala hari (hari yang sebaik-sebaik hari) .Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di muka bumi ini..kita bebas untuk menikmatinya di mana-mana..dan paling penting ianya tanpa dikenakan bayaran apapun...Justeru bersyukurlah kita masih diberi nyawa untuk hidup pada hari ini untuk terus mengumpul pahala lebih2 lagi pada hari Jumaat yg penuh berkah ini.
Saat ini,hujan masih belum berhenti..dari petang tdi smpailah ke malam..apapun yg kamu fikirkan,aku percaya sesungguhnya hujan ini membawa rahmat Allah kepada manusia..alhamdulillah..aminn

Tahukah anda-Hari Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang mulia dan istimewa.Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa penting,iaitu:
1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Pada hari Jumaat ada 1 ketika di mana doa kita dimakbulkan Allah-adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
Justeru,rebutlah ruang yang diberi,perbanyakkanlah doa dan zikir kepada Allah,semoga kita diberi rahmat dan keampunan sepanjang perjalanan hidup kita di muka bumi ini.InsyaAllah.

Wednesday, 16 November 2011

sabar

Assalamualaikum

Ya Allah..kuatkan aku
Menerima berita yang mengejutkan walaupun sebenarnya telah lama aku jangkakan cuma menanti saat dan ketika.Di saat menerima perkhabaran hati seolah berbicara namun sukar untuk aku luahkan kata-kata yng terpendam..hanya terdaya memendam rasa di dalam..tika itu aku tahu tidak semuanya indah belaka dlm kehidupan..

duhai hati tabahlah engkau menerima dugaan 
 kuatkan dirimu menghadapi ujian
jgn pernah ada tangisan
kerana `kamu` adlah kekuatanku,penawar lukaku,dan pengubat kedukaanku...

Apa yg menjadi peganganku..ajal maut,jodoh pertemuan di tangan Tuhan,manusia hanya mampu merancang namun Dia yng menentukan segalanya.Sebagai manusia,kita harus bersedia menerima apa jua kemungkinan..baik atau buruk ,cepat atau lambat..adlh ujian..apapun yg terjadi ada hikmah di sebalik kejadian dan hanya Allah yng Maha Mengetahui segalanya.Dan kita..berdoalah supaya diberi kekuatan hati dan iman sepanjang melalui perjalanan.Dan dipermudahkan segala urusan..amin



7 TIP MEMILIH KASUT

Assalamualaikum

Petang nie cik salju nk bagi tips..bagaimana kita nk pilih kasut yng betul2 sesuai utk kita..walaupun tak 100% betul tapi bole lah kalau nk dijadikan rujukan pada pemakai2 kasut nie.Begitu banyak kasut di pasaran tk semuanya sesuai untuk dipakai oleh semua org,cbbnya setiap org mempunyai bentuk kaki yg berbeza dan kadangkala tak semua kasut yng cntik itu baik  dan selamat untk dipakai semua org..
apa2pun check it out to find the truth shoes that suits you betul ka bahasa aku??..hehe

1. Pastikan kasut yang dipilih cukup selesa dengan kaki. Sekiranya anda melangkah dan kaki terasa sakit atau kurang selesa, baik lupakan sahaja niat anda. Pilih kasut dengan rekaan yang lain. Ingat, jangan menyeksa diri!
2. Sebelum membeli kasut, anda harus tahu penampilan yang diinginkan sebaik anda menyarung kasut tersebut. Stiletto misalnya membuatkan si pemakai tampil seksi, manakala sandal pula kelihatan lebih santai.
3. Jangan takut membeli kasut berwarna terang / garang. Pasti bosan bukan kalau kasut anda hanya terdiri daripada warna-warna selamat seperti, putih, hitam dan coklat. Sesekali tidak ada salahnya memakai kasut yang warnanya menarik perhatian. Kalau bijak memadannya dengan pakaian, ia boleh menyerlahkan personaliti anda.
4. Pilih kasut yang sesuai dengan acara yang dihadiri. Kasut untuk ke pejabat dan membeli-belah seharusnya berbeza. Begitu juga kalau hendak menghadiri acara makan malam, jangan pakai sandal atau kasut bertapak datar (‘flat shoes’) dengan gaun malam. Sangat tidak sesuai dan perbuatan ini tidak boleh dimaafkan.
5. Jika ingin kelihatan tinggi, ‘wedges’ adalah pilihan yang ideal. Kasut bertumit tinggi juga boleh digayakan, tetapi bukan semua boleh memakainya dengan selesa. Kalau anda mempunyai berat badan berlebihan, kasut tumit tinggi hanya membuatkan anda menderita!
6. Kalau ingin memakai kasut bertapak datar, pastikan seluar, jeans atau kain anda tidak terlalu labuh. Pasti nampak tidak cantik kalau pakaian anda itu terselit di antara kasut dan tumit kaki. Jika tidak pun, pasti setiap kali melangkah, anda akan terpijak kaki seluar atau jeans anda itu. Melecehkan bukan?
7. Sekiranya anda memakai mini skirt atau gaun pendek, jangan sesekali memadankannya dengan kasut bertumit tinggi lebih daripada tiga inci. Sebaliknya kenakan dengan kasut bertapak datar. Alasannya, ia untuk mengimbangkan penampilan anda.

So,apalagi ..renung2kan dan selamat beramal..peace!!

Thursday, 3 November 2011

MASYAALLAH..



DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN.. ALLAHHUAKBAR


Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!


persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...


Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.

Wednesday, 2 November 2011

secebis rasa dari hati

Assalamualaikum

suka dengar lagu nie..walaupun vc nya hanyalah kartun tpi punyai maksud mendalamm..huhu terharu kot bila tengok video nie.sebenarnya kalau ditanya sume org nk hidup
bahagia kalau boleh hinggalah ke akhir hayat.Namun,realitinya..tk semestinya hidup akan bahagia sepanjang masa kerana tiap bahagia itu perlukan pengorbanan dan ada kala nya disulami dengan sedikit kedukaan dan ada kala nya di uji dengan perpisahan...itulah kehidupan...

ttu

Walau apapun hidup mesti diteruskan..kadangkala kita di uji dengan nikmat kesihatan,kebahagiaan dan kekayaan pun satu ujian..so jgnla nk merungut itu ini dan mempersoalkan segala nikmat yg diberikan Allah kepada kita..bersyukurlah dengan apa yg kita ada sekarang ini.. Bersabarlah kita dalam menempuhi ujian-ujian ini,berdoa dan bertawakkallah agar kita diberi kekuatan utk terus hidup ini...InsyaAllah..

Thursday, 20 October 2011

Saat-saat kematian

Assalamualaikum..

Mati,satu saat yang menggerunkan..ia datang tanpa diduga,tanpa disangka...Baik yang muda,tua,miskin atau kaya ia tetap akan datang menjemput kita,cuma saat ,ketika dan bagaimana...ia terjadi semua atas kehendakNya.
"MATI ADALAH PASTI,HIDUP INSYAALAH.."
Ini sekadar peringatan kepada kita,manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini:maka beringatlah kita..

Tanda-tanda saat kematian

100 HARI SEBELUM MATI
Tanda pertama dari Allah SWT kpd hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka2 yg dikehendakiNya.Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samaada sedar atau tidak..Lazimnya berlaku pada waktu Asar-seluruh tubuh dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akn mengalami getaran,seakan-akan menggigil.CTH; spt daging lembu yg baru disembelih-jika diperhatikan dgn teliti didapati ia seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa ini mungkin adlh tanda mati,maka getaran ini akn berhenti dan hilang setelah kita sedar akn kehadirannya.Bgi mereka yang tdk diberi kesedaran atau mrka yg hanyut dgn nikmat dunia tanpa memikirkan tentang kematian,tanda ini akn lenyap begitu shja tanpa sebarang munafaat.Bgi yg sedar,maka ini adlh peluang terbaik memunafaatkan masa yg ada
utk mempersiapkn diri dgn amalan dan urusan yg akn dibawa @ ditinggalkan sesudah mati.

40 HARI SEBELUM HARI MATI
Juga berlaku sesudah waktu Asar.Bahagian pusat kita akn berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yg tertulis nama kita akn gugur dari pokok yg letaknya di `Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,mereka yg terpilih ini akn merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujud cuma seorang tetapi kuasanya utk mencabut nyawa adlah bersamaan dngan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

MASYAALLAH...mendengarnya pun sudah membuat kita merasa gerun,apatah lagi bila berhadapan dengannya,

7 HARI SEBELUM HARI MATI
Adapun tanda ini akn diberikan hanya kepada mreka yg diuji dengan musibah kesakitan dimana org sakit yang tdak makan secara tiba2 ianya berselera untuk makan.

3 HARI SEBELUM HARI MATI
Pada ketika ini akn terasa denyutan atau bergerak-gerakdi bahagian tengah dahi iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tdak mengandungi banyak najis dan ini memudahkan urusan org yang akn memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akn bersinar lagi dan bagi org yg sakit,hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dn ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.Telapak kakinya yg terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 HARI SEBELUM HARI MATI
Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akn merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan dimana kita akn merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akn turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikatmaut utk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yg telah menghidupkan dan sekarang akan mematikan kita.

KESIMPULAN
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orn2 yg dipilih oleh Allah yg akan diberi kesedaran utk peka terhadap tanda-tanda mati ini.Semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dlm usaha memohon keampunan samaada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Wlau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT YG MAHA BERKUASA lagi PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI maka diriwayatkan bhwa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dngan amalan doa iaitu samaada doa darik kita sendiri ataupun doa drpada org lain.Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.Oleh itu,marilah kita bersma-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk Allah SWT,serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita utk mencari keredhaan Allah SWT samaada di dunia mahupun di akhirat.

WALLAHUA`LAM

Muhasabah dari BIRO DAKWAH DAN PENDIDIKAN

Tuesday, 18 October 2011

TIPS..mencari muka surat dalam AL-QURAN

Amazing….
Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali anda baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.



Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.
         



" if Allah answers your prayer ,Allah is increasing your faith ,if Allah delays ,Allah is increasing your patience..BUT if Allah doesn't answer Allah has better plan for you  "



Friday, 14 October 2011

KHABAR DARI NERAKA

Assalamualaikum..

Sekadar untuk berkongsi emel yg aku dapat ini,tpi amat berguna untuk informasi kita bersama..ketahuilah,mati adalah pasti dan selepas dihisab..ke manakah arah kita di alam yg kekal di sana nanti.nauzubillah,semoga kita dijauhkan daripadanya..

NERAKA dalam bahasa arab disebut AN-NAR, secara bahasa bererti “api”. Lafaz an-naar banyak disebutkan di dalam ayat-ayat Al-Qur’an yang bererti api neraka. diantaranya ialah dalam ayat

” Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka.Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada dalam perut mereka dan juga kulit (mereka).Dan untuk mereka cambuk-cambuk dari besi.Setiap kali mereka hendak ke luar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (Kepada mereka dikatakan), “Rasailah azab yang membakar ini”.(Surah Al-Hajj : 19-22)

-LUAS DAN KEDALAMAN NERAKA
untuk mendapatkan gambaran mengenai betapa dalamnya neraka, perhatian hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a berikut ini:
“ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suaru benda yang jatuh. Lalu nabi SAW bertanya : tahukah kalian suara apa ini? Kami menjawab : ALLAH dan RasulNYA yang lebih tahu. Nabi SAW bersabda : Ini adalah suara jatuhnya batu yang dilemparkan ke dalam neraka selama 70 tahun silam, dan sekarang baru jatuh didalam neraka” (HR. Muslim)

1. WAJAH HITAM PEKAT HANGUS TERBAKAR
ALLAH berfirman
” Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dari (azab) Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya” (Surah Yunus : 27)

“Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir”. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek” (Surah Al-Kahfi : 29)

“pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan): “Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu”. (Surah Ali-Imran : 106)

2. KULITNYA MATANG DAN MENCAIR
api neraka itu membakar kulit para penghuni neraka hingga matang dan hancur. Lalu ALLAH mengganti kulit mereka dengan kulit yang lain untuk dibakar lagi, begitu seterusnya.
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-nisa’:56)

3. HATI DAN ORGAN TUBUH DALAM TERBAKAR, USUS-USUS TERBURAI
tubuh penghuni neraka yang terbakar itu tidak hanya organ luar, tetapi semua organ dalampun ikut terbakar
“sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?(iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati. (Surah Al-Humazah : 4-7)

semua permintaan dan permohonan para penghuni neraka kepada ALLAH SWT ditolakNYA dengan tegas yang justru menambah kepedihan siksa mereka, sebagai mana firman ALLAH
“Mereka berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan adalah kami orang-orang yang sesat.Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim.
Allah berfirman: “Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku. (Surah Al-Mu’minun :106-108)

4. PENGHUNI NERAKA YANG PALING RINGAN SIKSANYA
diriwayatkan dari Abbas bin Abdul Muthalib, ia bertanya kepada Rasulullah SAW : ” ya Rasulullah apakah engkau memberikan suatu manfaat kepada Abu Thalib(bapa saudara Baginda), dia telah memelihara engkau, tapi juga memarahimu ( tidak beriman kepadamu). ” Nabi SAW bersabda ” Ya dia berada didalam siksaan yang paling ringan dari api neraka (api neraka membakarnya sampai pada kedua mata kakinya). andaikan tidak kerana saya, maka ia akan disiksa didalam jurang neraka yang paling dalam (dikerak neraka) (HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda : “Seringan-ringannya siksaan ahli neraka, iaitu seseorang diberi dua alas kaki dari api, maka otaknya menjadi mendidih sebab dari kedua alas kaki itu, sebagaimana mendidihnya air yang ada di dalam kendil, sampai tetangganya dapat mendengar mendidihnya otak tersebut. Gigi gerahamnya menjadi bara api, bibirnya menjadi bara api, nyalanya api itu sampai keluar dari dalam perutnya, dari kedua telapak kakinya. Orang yang disiksa seperti ini beranggapan bahawa dirinya termasuk penduduk neraka yang sangat pedih siksanya. Padahal sesungguhnya dia termasuk dari penduduk neraka yang ringan siksanya”.

Wednesday, 5 October 2011

Kaki & Kasut~PART 1

Assalamualaikum...
wow!!cantiknya...cunnyaaa...gorgeous..hehehe perkataan itulah yg kita sentiasa dengar bila seseorang terpegun ataupun terpana melihat sesuatu yg disukainya....cntohnya kasut laaaa..yang menjadi kegilaan ramai pengguna baik lelaki mahupun wanita...tp lebih umumnya ia lebih menarik perhatian kaum wanita sama ada remaja,gadis2 yg makin meningkat dewasa (wanita la),meskipun yg sudah menjadi ibu pasti tiadak akan terlepas daripada men`survey` dan men`shopping` pelbagai jenis kasut yg terdapat di pasaran.Kadang2 tu sanggup berhabis untk membeli trend2 terkini dari yg berjenama hinggalah yg biasa2 ja asalkan hati dah suka,apalagi beli ja la..huh cubaan..





tetapi,bagi sesetengah pengguna jenama adalah penting..biarla harganya mahal sekalipun,asalkan jenamanya sudah diiktiraf dan terkenal di serata dunia,dan paling penting..mestilah kualitinya,itula yg dicari.Namun,ada juga yng berpendapat~ kasut tu berjenama dan mahal tapi design nye biasa jer..kat kedai biasa pun bole dapat,harga pun lagi murah daripada kasut tu~itulah yg biasa kita dengar (aku sendiri pun kadang2 cmtu jugak...hehhe) Apapun terpulanglah pada individu itu sendiri untuk menilai mana yang terbaik..diri sendiri jugak yg nk pakai kan...??orang kata,tepuk dada tanyalah selera...
Tapi,biar secantik dan semurah mana pun sepasang kasut tu..mesti diingat,carilah kasut yg sesuai dan sepadan dengan kaki kita n lagi satu pastikan ianya selesa untuk dipakai dan digayakan kaki anda...



Sunday, 2 October 2011

Segalanya Bermula Dengan Niat

ASSALAMUALAIKUM..

~dimulakan dengan lafaz BISMILLAH,disudahi dengan ALHAMDULILLAH...~itulah niat,ianya bermula dari hati sama ada ikhlas atau tidak segalanya terpulang pada apa yg kita inginkan dan harapkan.Jika niat kita baik,maka akan baiklah akibatnya dan andai sebaliknya,maka buruklah akibatnya...Begitu juga dalam amalan yang kita lakukan seharian sama ada yang kecil atau besar pasti ada timbal baliknya.
Betapa pentingnya niat kita dalam setiap amalan yg kita lakukan sehingga Rasulullah sendiri pernah menegur salah seorang sahabatnya dalam suatu peristiwa ketika berhijrahnya kaum Muhajirin (Mekah) ke Madinah;tentang apakah tujuannya berhijrah..


 Suatu ketika dahulu, seorang lelaki di Mekah telah meminang seorang wanita di Madinah yang bernama Ummu Qais. Wanita itu enggan berkahwin dengan lelaki tersebut kerana mereka tinggal berjauhan. Menurut sebuah keterangan, wanita itu telah berkata, “Bagaimana engkau hendak berkahwin denganku kerana engkau tinggal di Mekah dan aku tinggal di Madinah. Sekiranya engkau mahu berkahwin dengan aku, marilah berpindah ke Madinah.”[1] Semasa peristiwa hijrah masih berlaku, lelaki itu berpindah bersama-sama para sahabat ke Madinah, tetapi dengan niat yang berbeza. 
 Mengetahui perihal tersebut, Rasulullah telah menegur secara terang-terangan niat lelaki itu. Menurut Umar Al-Khattab, beliau telah mendengar Rasulullah bersabda, “Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa hijrahnya karena dunia yang akan diperolehi atau wanita yang akan dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan.”[2]
Walaupun terdapat perbezaan perjalanan hijrah sahabat Rasulullah dengan perjalanan mencari si dia, namun setiap perjalanan perlu dimulakan dengan niat yang betul. Di dalam perihal berkahwin, niat seseorang sepatutnya adalah mengharapkan keredhaan Allah. Bukan untuk “bercouple” atau untuk mempunyai seorang teman istimewa. Bukan kerana ingin bersuka-suka atau ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Bukan juga kerana putus cinta atau sedang dilanda kekecewaan. Bukan pula kerana mendapat desakkan dan tekanan daripada sahabat handai dan kaum keluarga.
Allah berfirman di dalam surah An-Nur ayat 32, “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.” Ia merupakan satu saranan kepada semua umat Islam supaya berkahwin, walaupun tidak berkemampuan.
Pada surah yang sama, di ayat 33 Allah kemudian menegaskan, “Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya”. Allah telah menyuruh hambaNya yang berniat untuk berkahwin agar menjaga kehormatan sekiranya tidak berkemampuan dan bersabar sehingga dikurniakan kekayaan daripadaNya.
Lazimnya seseorang yang berniat untuk berumahtangga kerana Allah akan menerima dengan hati terbuka siapa sahaja yang mendatang. Asalkan yang mendatang itu menepati ciri-ciri yang disarankan oleh agama dan setelah beliau telah melakukan istikharah dengan betul. Alam percintaan dan berkasih sayang hanya wujud selepas ikatan sah terjalin.
 Sebaliknya jika niat perkahwinan adalah semata-mata memenuhi tuntutan duniawi, sudah tentu pelbagai faktor seperti alam percintaan, rupa paras, kerjaya, gaya, fesyen, wang ringgit, hobi waktu lapang, perasaan hati dan sebagainya akan menjadi persoalan. Semua persoalan perlukan jawapan. Semua jawapan perlukan penilaian. Semua penilaian mungkin akan memakan masa yang panjang dan kadang-kala menimbulkan persoalan baru.

 Justeru,pastikan apa niat kita dalam setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan kita...

Wallahu’alam.
..
..
..Dipetik daripada;
[1] Bahru Al-Madzi, Muhammad Idris Al-Marbawi, Al-Hidayah Publisher 2004. Jilid 1. M/s 19.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim # 3530