Showing posts with label its me. Show all posts
Showing posts with label its me. Show all posts

Wednesday, 29 January 2014

short entry

Assalamualaikum

dah lama tak update blog  nie..,nk blogwalking pun masih tk berkesempatan...sory ya  sume..Tapi,sejak kebelakangan nie bila terbaca artikel-artikel dari laman sosial fb dan yang seangkatan dengannya.. timbul pulak rasa risau dan takut di hati kecil insan kerdil ini..apa taknya dengan masalah sosial remaja,kekeliruan identiti masyarakat dan pencemaran budaya dan agama.
Yang sebenarnya terlalu banyak perkara yang kita tk tahu,tpi bila terbaca suratkhabar,macam2 hal yg terjadi dan kadangkala mungkin berada diluar kawalan kita.Kadang2 timbul jugak bisikan kecil bahawa mungkin bumi ini sudah terlalu tua untuk menghadapi kerosakan dan kemusnahan yang terjadi dari hari ke hari atau mungkin satu petanda dunia akan berakhir...
Subhanallah..sesungguhnya tiada yang kekal di muka bumi ini melainkan Allah SWT..tiap yang hidup pasti mati cuma yang membezakan cepat atau lambat sahaja.



Saturday, 17 September 2011

ISTIKHARAH CINTA

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta

 cINTA...1 anugerah yg tidak ternilai dariNya,ia tidak bermata,ia tidak berkata-kata dan ia juga tidak bernyawa..namun tetap menjadi idaman setiap insan bernama manusia,malah mereka mengharapkan supaya semuanya berkekalan..tapi perlu kita sedar,tidak semua cinta akan bersatu,tidak semua cinta  indah dan juga tidak semua cinta akan berkekalan.Sekalipun kita mencuba untuk menjaganya tapi andai ia  ditakdirkan bukan untuk kita,apalah daya kita untuk menghalangnya...

 Pada pencinta..`ia` percaya~

cINTA...
…membuat kita ketawa,juga membuat kita mengalirkan airmata..

Dengan cinta..kita belajar mengenal erti suka dan duka

Dengan cinta juga,kita merasa bahagia dan kita juga merasa sengsara..

Dengan cinta juga,kita ditakdirkan bertemu dan berpisah..

Mungkin..cINTA itu belum lagi menjadi milikku .mungkin belum sampai masa aku memperolehnya..
Tiap kali aku cuba untuk belajar menerima kehadirannya..kali itu juga `ia` akan terlepas dari pegangan tanganku.Lantas aku mengelak daripadanya tiap kali ia menyapaku kerana mungkin ia juga akan terlepas dari genggamanku semula..,

Friday, 16 September 2011

SAYA ANAK MALAYSIA

 Assalamualaikum..syukur kita dilahir dan dibesarkan di Malaysia,negara yang aman dan makmur dan berada di bumi yg bertuah ini..Syukur juga kita masih mampu untuk terus hidup menikmati ketenangan dan keindahan negARA ini.
 MALAYSIA..
 tanahairku tercinta,bagiku`engkau` tiada galang gantinya..
andai tergadai,hilanglah segala hak yg dahulunya diperjuangkan nenek moyang kita;
,keamanan,ketenangan,kebebasan,kemakmuran,kemajuan,kejayaan dan kesejahteraan..

 MALAYSIA..
 kau ku cinta,akan ku jaga hakku menyayangimu dan berbakti padamu apa terdayaku..
 Terima kasih Malaysia,kau amat bermakna bagi kami semua rakyat Malaysia
 tanpamu..siapalah kami..



 Terima kasih Allah..Kau panjangkan umur kami,dan Kau selamatkan kami daripada musibah dan bencana yang tidak mampu kami tempuhi YA ALLAH..AMIN,
ALHAMDULILLAH..