Saturday 17 September 2011

ISTIKHARAH CINTA

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta

 cINTA...1 anugerah yg tidak ternilai dariNya,ia tidak bermata,ia tidak berkata-kata dan ia juga tidak bernyawa..namun tetap menjadi idaman setiap insan bernama manusia,malah mereka mengharapkan supaya semuanya berkekalan..tapi perlu kita sedar,tidak semua cinta akan bersatu,tidak semua cinta  indah dan juga tidak semua cinta akan berkekalan.Sekalipun kita mencuba untuk menjaganya tapi andai ia  ditakdirkan bukan untuk kita,apalah daya kita untuk menghalangnya...

 Pada pencinta..`ia` percaya~

cINTA...
…membuat kita ketawa,juga membuat kita mengalirkan airmata..

Dengan cinta..kita belajar mengenal erti suka dan duka

Dengan cinta juga,kita merasa bahagia dan kita juga merasa sengsara..

Dengan cinta juga,kita ditakdirkan bertemu dan berpisah..

Mungkin..cINTA itu belum lagi menjadi milikku .mungkin belum sampai masa aku memperolehnya..
Tiap kali aku cuba untuk belajar menerima kehadirannya..kali itu juga `ia` akan terlepas dari pegangan tanganku.Lantas aku mengelak daripadanya tiap kali ia menyapaku kerana mungkin ia juga akan terlepas dari genggamanku semula..,

1 comment:

  1. jika kau tercipta untuk nya..pasti dia akan menjadi milikmu..

    ReplyDelete