Monday 19 September 2011

10 PEMBASUH DOSA & PENAWAR HATI

 Assalamualaikum..
segumpal darah bernama hati..
 terlalu sukar untuk dijaga,terlalu sukar untuk dikawal dan terlalu sukar untuk diramal, 
 segumpal darah bernama hati.. 
 juga bukan mudah untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk,kerana di tengahnya mungkin      kadangkala akan dipaksa untuk membuat pilihan..
 hati yang tenang memang sukar untuk diperoleh kerana sifat manusia itu sendiri ..kerana ketamakannya dan kesombongannya ketika mana dirinya berjalan di atas muka bumi Allah yng terbentang luas ini...

RASULULLAH s.a.w ada menegaskan dalam hadisnya bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya...sesungguhnya itulah dia hati. "Hati sifatnya cepat berubah. Ia diumpamakan titik sasaran, sentiasa menerima kesan lontaran dari setiap penjuru yang akan mengubah sifatnya.
 Untuk mengubat hati sebenarnya bukan 1 perkara yg mudah namun dengan tekad di hati,insyaAllah hati yg kacau akan kembali tenang,dan aku sendiri pun masih belajar utk menenangkan hati...tp,sama2 lah kita amalkan 10 ramuan di bawah ini ;

  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.

No comments:

Post a Comment